LAMAN WEB RASMI SUKAN MAKSPEN JOHOR 2013

 
online counter
PENGUMUMAN
 

Jumlah Pingat Keseluruhan Rasmi klik sini

Keputusan Rasmi Perlawanan klik sini

Pihak KEJORA mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara rasmi atau tidak rasmi dalam menjayakan program ini.


RISDA JUARA MASKPEN KALI KE 12

   
Ahad , 2013-06-09
Tanjung Balau 2013-06-09 - RISDA telah muncul sebagai Juara Keseluruhan sukan MAKSPEN ke 12 yang berlangsung dari 5 hingga 9 Jun di Bandar Penawar, Johor dengan kutipan 7 Emas, 1 Perak dan 7 Gangsa. Tempat kedua pula disandang oleh KETENGAH dengan 4 Emas, 7 Perak dan 7 Gangsa manakala di tempat ketiga ialah KESEDAR dengan 3 Emas, 3 Perak dan 7 Gangsa.
Baca lagi...

MAKSPEN DARI SELATAN TERBANG KE UTARA

   
Ahad , 2013-06-09
Tanjung Balau 2013-06-09 - MAKSPEN kali ke 12 yang telah berakhir semalam di Bandar Penawar akan beralih pula ke utara Tanah air di Negeri Jelapang Padi Malaysia, Kedah. Selaku tuan rumah pada tahun 2015 Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah mempamerkan Maskot Burung Kenari pada majlis penyerahan bendera MAKSPEN pada Malam Penutup Makspen Johor 2013 sebagai mengalu-alukan kejohanan MAKSPEN yang akan berlangsung di sana kelak.
Baca lagi...

TIMBALAN MENTERI RASMI PEMBUKAAN MAKSPEN XII JOHOR 2013

     
Jumaat , 2013-06-07
Bandar Penawar 2013-06-07 - Majlis Perasmian Pembukaan Sukan Makspen XII Johor 2013 berlangsung malam tadi di Stadium Bandar Penawar. Majlis yang penuh warna-warni itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri KKLW Yang Berhormat Datuk Alexander Nanta Linggi selaku wakil rasmi Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha KKLW Dato' Ibrahim Bin Muhamad, YBHG Dato' Hj. Yusof Bin Dhohab Timbalan KSU (Sosio Ekonomi) merangkap Pengerusi MAKSPEN, Pengurus Besar KEJORA Dato' Hj. Azizan Bin Md. Rais dan Ketua-Ketua Agensi serta pegawai-pegawai kanan agensi yang bertanding.
Baca lagi...

 

DAFTAR PESERTA
 Maaf, pendaftaran peserta telah ditutup.
 
 
 
BORANG KENDERAAN (XLS) - UTK ANGGOTA KEJORA SAHAJA
 
 
 

 

HakCipta © 2013 Laman Web Rasmi Sukan Makspen Johor 2013. Semua Hak Cipta Terpelihara.