LAMAN WEB RASMI SUKAN MAKSPEN JOHOR 2013

 
online counter
 
Berita >

RISDA JUARA MASKPEN KALI KE 12

   
Ahad , 2013-06-09
Tanjung Balau 2013-06-09 - RISDA telah muncul sebagai Juara Keseluruhan sukan MAKSPEN ke 12 yang berlangsung dari 5 hingga 9 Jun di Bandar Penawar, Johor dengan kutipan 7 Emas, 1 Perak dan 7 Gangsa. Tempat kedua pula disandang oleh KETENGAH dengan 4 Emas, 7 Perak dan 7 Gangsa manakala di tempat ketiga ialah KESEDAR dengan 3 Emas, 3 Perak dan 7 Gangsa.
 
 

 

MAKSPEN DARI SELATAN TERBANG KE UTARA

   
Ahad , 2013-06-09
Tanjung Balau 2013-06-09 - MAKSPEN kali ke 12 yang telah berakhir semalam di Bandar Penawar akan beralih pula ke utara Tanah air di Negeri Jelapang Padi Malaysia, Kedah. Selaku tuan rumah pada tahun 2015 Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah mempamerkan Maskot Burung Kenari pada majlis penyerahan bendera MAKSPEN pada Malam Penutup Makspen Johor 2013 sebagai mengalu-alukan kejohanan MAKSPEN yang akan berlangsung di sana kelak.
 
 

 

TIMBALAN MENTERI RASMI PEMBUKAAN MAKSPEN XII JOHOR 2013

     
Jumaat , 2013-06-07
Bandar Penawar 2013-06-07 - Majlis Perasmian Pembukaan Sukan Makspen XII Johor 2013 berlangsung malam tadi di Stadium Bandar Penawar. Majlis yang penuh warna-warni itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri KKLW Yang Berhormat Datuk Alexander Nanta Linggi selaku wakil rasmi Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha KKLW Dato' Ibrahim Bin Muhamad, YBHG Dato' Hj. Yusof Bin Dhohab Timbalan KSU (Sosio Ekonomi) merangkap Pengerusi MAKSPEN, Pengurus Besar KEJORA Dato' Hj. Azizan Bin Md. Rais dan Ketua-Ketua Agensi serta pegawai-pegawai kanan agensi yang bertanding.
 
 
Seramai lebih 500 orang atlit menyertai acara perbarisan dari 16 agensi yang mengambil bahagian termasuk agensi dari Sabah dan Sarawak yang bernaung di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah dianugerahkan pasukan terbaik dalam perbarisan. Persembahan bunga api pada akhir majlis menjadikan Bandar Penawar bermandikan cahaya pada malam tersebut.

 

RAPTAI PENUH MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN

   
RABU , 2013-06-05
BANDAR PENAWAR 2013-06-05 - Pada jam 4.30 petang, telah berlangsungnya Raptai Penuh Majlis Perasmian Kejohanan Sukan MAKSPEN XII JOHOR 2013.Raptai ini disertai oleh semua kontinjen yang mengambil bahagian.
 
 

 

KONTIGEN MAKSPEN KEJORA TEKAD UNTUK CEMERLANG

   
Isnin , 2013-06-03
Bandar Penawar 2013-06-03 - Kesemua atlit dan urusetia MAKSPEN ke -12 KEJORA pada pagi ini telah berikrar untuk cemerlang dalam melaksanakan tugasan yang diberi. Dalam majlis itu juga para atlit dan warga KEJORA turut menandatangani 'Papan Besar Putih' sebagai tanda komited dan sokongan terhadap kontigen KEJORA.
 
 
Pengurus Besar KEJORA Dato' Hj. Azizan Bin Md. Rais dalam ucapan beliau turut memberi kata-kata semangat kepada semua atlit yang mengambil bahagian. Pada majlis itu juga beliau menyerahkan Bendera Kejora kepada Tn Hj. Zainal Abidin Bin Hj. Ali selaku Chief de Mission kontigen KEJORA.

 

PENYERAHAN BENDERA AGENSI DAN PENGUNDIAN KUMPULAN BERJALAN LANCAR

   
Selasa , 2013-05-21
Bandar Penawar 2013-05-21 - Majlis Penyerahan Bendera Agensi dan Pengundian Kumpulan telah diadakan di Dewan Bandaran Bandar Penawar semalam. Majlis tersebut telah dihadiri hampir semua agensi yang mengambil bahagian. Dalam majlis itu juga diadakan penerangan oleh penyelaras pertandingan untuk semua acara bagi mendapatkan persetujuan dalam perkara-perkara berbangkit dalam acara tersebut.
 
 

 

PENDAFTARAN PESERTA MAKSPEN XII JOHOR 2013 DILANJUTKAN SEHINGGA 20 MEI 2013

   
Rabu , 2013-05-08
BANDAR PENAWAR 2013-05-08 - Pendaftaran peserta Makspen XII Johor 2013 dilanjutkan sehingga 20 Mei 2013. Melalui semakan hanya sekitar 600 peserta sahaja telah daftarkan setakat ini daripada lebih 2000 peserta yang terlibat. Sehubungan dengan itu Urusetia Pendaftaran Makspen XII menggesa semua kontigen supaya dapat mendaftarkan peserta dengan kadar segera untuk mengelakkan kesulitan.
 
 

 

MAKSPEN XII JOHOR 2013 TANDING 20 ACARA

   
Jumaat , 2013-03-08
BANDAR PENAWAR 2013-03-08 - Sebanyak 20 acara sukan telah disahkan untuk dipertandingkan pada kejohanan MAKSPEN XII JOHOR 2013 kali ini. Menurut Setiausaha Jawatankuasa Kejohanan En. Zubir bin Mahadi, kesemua acara yang dicadangkan mendapat permohonan melebihi 5 pasukan bertanding. Beliau amat gembira kerana dengan banyak acara dipertandingkan, lebih meriahlah kejohanan pada kali ini.
 
 
Acara-acara yang dipertandingkan adalah Dart, Batu Seremban, Ping Pong, Karom, Tenis, Futsal, Takraw, Bola Sepak, Badminton, Bola Tampar, Bola Tampar pantai, Bakat, Bola Jaring, Congkak, Bowling, Boling Padang, memancing laut Dalam, Petanque, Golf dan Merentas Desa. Menurut En. Zubir lagi beliau akan mengedarkan 'ID Pengguna' dan 'Katalaluan' untuk pasukan-pasukan terlibat dan pasukan-pasukan bolehlah mula membuat pendaftaran peserta selepas itu ke dalam sistem pendaftaran peserta di Laman Web Rasmi Makspen ke 12. Pasukan yang masih belum menerima 'ID Pengguna' dan 'Katalaluan' boleh menghubungi beliau di talian 019-7049424.

 

PENDAFTARAN PESERTA MAKSPEN XII JOHOR 2013 DI BUKA SEKARANG...

     
Jumaat , 2013-03-01
BANDAR PENAWAR 2013-03-01 - Pendaftaran peserta untuk sukan Makspen 2013 kini di buka. Menurut Ketua Urusetia Pendaftaran Tn. Hj. Matriffin Bin Md. Amin (gambar) mulai 1 Mac 2013 semua kontigen boleh mendaftar peserta masing-masing melalui Laman Web Rasmi Makspen JOHOR 2013.
 
 
Sistem Pendaftaran Peserta Sukan Makspen XII dibangunkan secara dalaman oleh Bahagian Teknologi Maklumat KEJORA dengan tujuan untuk memudahkan proses pendaftaran peserta. Beliau menegaskan walaupun sistem tersebut merupakan sistem yang ringkas tetapi manafaatnya akan dapat dikembangkan ke penganjuran sukan berikutnya sekiranya berjaya.

 

KEJORA TUAN RUMAH MAKSPEN TAHUN 2013

   
Isnin , 2013-01-07
BANDAR PENAWAR 2013-01-07 - KEJORA telah dipilih untuk menganjurkan Sukan Makspen ke 12 pada tahun 2013. Sukan Dwi Tahunan ini merupakan sukan antara agensi dibawah naungan Kementerian Kemajuan Luar bandar Dan Wilayah.
 
 
Pengurus Besar KEJORA Tuan Hj. Azizan Bin Md. Rais telah mengumumkan perkara tersebut semasa perhimpunan bulanan pada bulan Januari 2013. Beliau menyeru agar KEJORA menjadi antara penganjur terbaik bagi sukan tersebut. "Sebagai tuan rumah kalau boleh biarlah KEJORA menang banyak acara pada temasya Makspen ke 12 nanti" ujar beliau. Menurut beliau frasarana sukan di Bandar Penawar adalah ditahap yang baik untuk menganjurkan temasya ini.

 
Kembali

 

 

HakCipta © 2013 Laman Web Rasmi Sukan Makspen Johor 2013. Semua Hak Cipta Terpelihara.